hargai karya anda!

hargai karya anda!

Para pelajar dan guru yang berminat untuk menjadikan BLOG ini sebagai medan untuk BERKARYA atau meluahkan pendapat, pihak pengurusan blog ini amat mengalu-alukan SUMBANGAN anda. Jangan berasa malu atau tertekan dengan setiap karya anda, tetapi hargai dan berkongsilah bersama rakan-rakan lain. Perkongsian anda itu merupakan TITIK TOLAK pada sebuah permulaan yang baik kearah mencari JALAN KECEMERLANGAN MINDA DAN EMOSI!

SEBARANG KARYA ATAU PENDAPAT ALAMATKAN KEPADA akhirul@teachers.org

Alhamdulillah cikgu panjangkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana telah meluaskan lagi jalan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik anak-anak bangsa. Setelah mendapat persetujuan dan masih di dalam proses penyediaan bahan, blog ini akan disertai oleh empat orang pendidik yang cukup sempurna di dalam bidang mereka masing-masing. Para pendidik tersebut akan berkongsi pengalaman, teknik, nota dan menjawab pertanyaan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu bagi menambah kemahiran demi menjadi lebih cemerlang sebagai INSAN. Ruangan mereka akan dimuatkan di dalam LAMAN GURU UNDANGAN. Cuma apa yang cikgu pohonkan adalah kesabaran dari pelajar bagi memberi ruang kepada para pendidik tersebut menyediakan bahan bermutu selaras dengan keperluan kemahiran masa kini.

Terbaru, setelah melalui beberapa siri perbincangan dengan PENYEDIA PERKHIDMATAN BLOG ini, akhirnya selain daripada para pelajar dapat melayari blog ini di komputer, para pelajar turut boleh melayarinya di telefon bimbit yang menyokong GPRS atau 3G serta memiliki kemampuan melayari internet bermula dari hari ini. Kemudahan tersebut dijangka akan membantu para pelajar mengulangkaji nota walau dimanapun berada dengan hanya bersandarkan pada telefon bimbit anda.

Namun begitu, sekiranya terdapat beberapa kelemahan semasa para pelajar melayari blog cikgu ini melalui perkhidmatan tersebut, PIHAK PENGURUSAN BLOG menyusun jari memohon seribu kemaafan. Insya Allah, PEMBANGUNAN BLOG sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan para pelajar di dalam menongkah arus cabaran masa kini.

lilin sentiasa membakar diri untuk kesenangan orang lain

lilin sentiasa membakar diri untuk kesenangan orang lain

Peperiksaan Percubaan PMR / SPM bakal mengetuk pintu harian pelajar tidak lama lagi. Sudah pasti ada sebahagian pelajar telah bersedian dan mungkin sebilangan lagi sebaliknya. Usah bimbang atau khuatir! Jangan gementar atau gemuruh! Jangan anggap ia merupakan penghujung kepada dunia PELAJAR anda!

Tetapi, anggaplah Peperiksaan Percubaan ini merupakan medan STIMULASI PEPERIKSAAN SEBENAR bagi mengesan di manakah kelemahan anda di dalam menjawab soalan-soalan berformatkan peperiksaan PMR / SPM. Pastikan setelah anda mendapat keputusan serta kertas jawapan Peperiksaan Percubaan, semak dan kesanlah masalah anda itu dibantu oleh guru. Ini kerana, dengan bimbingan serta kesungguhan anda, sudah pasti PROSES PENGESANAN KELEMAHAN dapat berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan kelemahan tersebut dapat dibaiki sebelum menjelang peperiksaan sebenar.

Cikgu yakin anda akan berjaya. Penting, teruskan latihan format peperiksaan dan jangan lupa untuk berdoa memohon kekuatan daripada Yang Maha Esa. Tanpa keizinan daripada-Nya, sudah pasti usaha yang dilakukan adalah sia-sia! Sentiasa menyerahkan diri serta PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR.

Laman Berikutnya »