Apakah keistimewaan menjadi seorang PELAJAR? Kadangkala terdengar rungutan dari beberapa pelajar cikgu yang memuntahkan ketidakselesaan menjadi pelajar kerana terpaksa menghabiskan banyak masa dengan mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah, kurang masa berehat ataupun melepak mahupun menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Tanpa mereka sedari, menjadi seorang pelajar merupakan PELENGKAP KEPADA USAHA MENCAPAI KESEMPURNAAN MINDA / HIDUP. Tanpa ILMU yang disulami dengan PEMBANGUNAN MINDA YANG SIHAT melalui proses PEMBELAJARAN yang berkesan serta PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI, sudah pasti hidup ibarat LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALI.
Tanpa arah tujuan yang tegar sudah pasti akan MEMUSNAHKAN MASA DEPAN SENDIRI! Pada ketika itu, sudah pasti SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA, SUDAH TERHANTUK BARU HENDAK TERGADAH! Ingatlah wahai pelajar yang cikgu sayangi, sesungguhnya peluang dan ruang yang telah disediakan oleh KERAJAAN, IBU BAPA serta MASYARAKAT jangan sesekali diambil mudah ibarat MELEPASKAN BATUK DI TANGGA kerana ANDA MERUPAKAN GOLONGAN YANG SANGAT ISTIMEWA.
Sejarah telah membuktikan, lihat sahaja pada mana-mana TAMADUN YANG PERNAH WUJUD DI DUNIA INI, sebagai contoh, TAMADUN MESIR, INDUS, CHINA, ROM, YUNANI, malah tidak ketinggalan TAMADUN MELAYU, GOLONGAN PELAJAR atau YANG BERPELAJARAN TINGGI sentiasa ditatang IBARAT MENATANG MINYAK YANG PENUH! Terbukti bahawa PENDIDIKAN merupakan asas kepada ketamadunan agung!
JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG DAN RUANG ANDA SEBAGAI PELAJAR! INGAT, PENDIDIKAN MERUPAKAN TANGGA KEARAH KESEMPURNAAN HIDUP DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT!
