PEPERIKSAAN OH PEPERIKSAAN!

lilin sentiasa membakar diri untuk kesenangan orang lain

lilin sentiasa membakar diri untuk kesenangan orang lain

Peperiksaan Percubaan PMR / SPM bakal mengetuk pintu harian pelajar tidak lama lagi. Sudah pasti ada sebahagian pelajar telah bersedian dan mungkin sebilangan lagi sebaliknya. Usah bimbang atau khuatir! Jangan gementar atau gemuruh! Jangan anggap ia merupakan penghujung kepada dunia PELAJAR anda!

Tetapi, anggaplah Peperiksaan Percubaan ini merupakan medan STIMULASI PEPERIKSAAN SEBENAR bagi mengesan di manakah kelemahan anda di dalam menjawab soalan-soalan berformatkan peperiksaan PMR / SPM. Pastikan setelah anda mendapat keputusan serta kertas jawapan Peperiksaan Percubaan, semak dan kesanlah masalah anda itu dibantu oleh guru. Ini kerana, dengan bimbingan serta kesungguhan anda, sudah pasti PROSES PENGESANAN KELEMAHAN dapat berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan kelemahan tersebut dapat dibaiki sebelum menjelang peperiksaan sebenar.

Cikgu yakin anda akan berjaya. Penting, teruskan latihan format peperiksaan dan jangan lupa untuk berdoa memohon kekuatan daripada Yang Maha Esa. Tanpa keizinan daripada-Nya, sudah pasti usaha yang dilakukan adalah sia-sia! Sentiasa menyerahkan diri serta PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR.

Tinggalkan jawapan