Alhamdulillah cikgu panjangkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana telah meluaskan lagi jalan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik anak-anak bangsa. Setelah mendapat persetujuan dan masih di dalam proses penyediaan bahan, blog ini akan disertai oleh empat orang pendidik yang cukup sempurna di dalam bidang mereka masing-masing. Para pendidik tersebut akan berkongsi pengalaman, teknik, nota dan menjawab pertanyaan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu bagi menambah kemahiran demi menjadi lebih cemerlang sebagai INSAN. Ruangan mereka akan dimuatkan di dalam LAMAN GURU UNDANGAN. Cuma apa yang cikgu pohonkan adalah kesabaran dari pelajar bagi memberi ruang kepada para pendidik tersebut menyediakan bahan bermutu selaras dengan keperluan kemahiran masa kini.
Terbaru, setelah melalui beberapa siri perbincangan dengan PENYEDIA PERKHIDMATAN BLOG ini, akhirnya selain daripada para pelajar dapat melayari blog ini di komputer, para pelajar turut boleh melayarinya di telefon bimbit yang menyokong GPRS atau 3G serta memiliki kemampuan melayari internet bermula dari hari ini. Kemudahan tersebut dijangka akan membantu para pelajar mengulangkaji nota walau dimanapun berada dengan hanya bersandarkan pada telefon bimbit anda.
Namun begitu, sekiranya terdapat beberapa kelemahan semasa para pelajar melayari blog cikgu ini melalui perkhidmatan tersebut, PIHAK PENGURUSAN BLOG menyusun jari memohon seribu kemaafan. Insya Allah, PEMBANGUNAN BLOG sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan para pelajar di dalam menongkah arus cabaran masa kini.
Julai 25, 2008 at 7:06 am
BAGUS!!! idea anak melayu yang bagus, teruskan usaha, jangan terhenti di tengah jalan…. terdapat beberapa kesalahan ejaan yang perlu diperbetulkan…
GOOD JOBS….
Julai 27, 2008 at 10:30 pm
Setuju..!!!
1 idea yg baik..
arap dpt dikekalkan dan dipertingkatkn demi kebaikan+kemajuan ank2 bangsa..!