MAIN ROGOL-ROGOL!
Cukup hiba perasaan cikgu apabila membaca sisipan berita hari ini menerangkan bagaimana kanak-kanak seawal usia 8 tahun hingga 12 tahun akibat terpengaruh setelah menonton VIDEO CAKERA PADAT PORNO mencuba keatas adik, kakak saudara mahupun rakan kelakuan keji yang diperolehi melalui tontonan tersebut. Pada pemikiran mereka PERBUATAN ITU IBARAT BERMAIN ROGOL-ROGOL!
Memetik maksud hadis Rasulullah S.A.W. pernah mengingat para sahabat serta umatnya bahawa ANAK-ANAK ITU IBARAT SEHELAI KAIN PUTIH DAN IBU BAPALAH BERTANGGUNGJAWAB MENCORAKKAN ANAK TERSEBUT SAMA ADA MENJADI SEORANG MAJUSI ATAU MUSLIM.
Antara hikmah yang boleh diperolehi dari petikan tersebut, jelas menunjukkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bagi memastikan anak mereka membesar sebagai INSAN. Tetapi dewasa ini acapkali kesibukan memenuhi keperluan asas kehidupan, wang dan harta benda, ANAK SERING TERLEPAS PANDANG, sunyi serta tidak menerima bimbingan sempurna bagi melalui pembesaran mereka setiap hari. Rata-rata para pelajar yang telah cikgu temui semasa belajar di kelas tambahan sebenarnya SUNYI! Sepi dari pemerhatian ibu bapa.
Acapkali juga ibu bapa mencari alternatif dengan ‘membekalkan’ PENGGANTI terdiri daripada guru, ustaz ataupun ustazah bagi memikul separuh bebanan mereka. Sedarlah wahai ibu bapa, guru, ustaz mahupun ustazah mempunyai tanggungjawab yang terhad terhadap anak anda, apa yang kami boleh lakukan hanyalah memberi bimbingan dan keputusan masih terletak di tangan anak anda.
Justeru itu, di sini cikgu ingin menyeru kepada para pelajar, ingatlah, KENIKMATAN MENONTON PORNO ADALAH SEMENTARA dan PENCARIAN ILMU ADALAH UNTUK SELAMANYA.
TEKANAN BERLEBIHAN!
Luahan hati seorang pelajar kepada cikgu.
Dewasa ini ramai antara pelajar yang telah cikgu temui memiliki keampuhan dari segi KEPINTARAN MINDA tetapi tidak pada PENGURUSAN EMOSI yang baik, mungkin kerana kesuntukan masa mengulangkaji pelajaran membuatkan ASPEK EMOSI terabai. Berbual dengan salah seorang pelajar yang menghadiri KELAS TAMBAHAN PEPERIKSAAN di bawah bimbingan cikgu, dinyatakan bahawa rata-rata pelajar sepertinya sering kali MENDAPAT TEKANAN TINGGI DARIPADA IBU BAPA yang mengharapkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tanpa mengambil kira ‘KEPENATAN MINDA’ mengulangkaji pelajaran atau menghadiri sebarang kelas tambahan yang telah diatur tanpa persetujuan dari mereka, lebih-lebih lagi sekiranya ibu bapa mereka merupakan GOLONGAN BERPANGKAT TINGGI dalam kerajaan.
Oleh kerana tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa yang tinggi menggunung, acapkali juga mereka terpaksa berhadapan dengan kritikan atau kutukan dari rakan, saudara mara terdekat, apabila menjadi mangsa PERBANDINGAN dengan sepupu atau rakan di sekolah. Menurutnya lagi, PERKARA INI AMAT MENYEKSAKAN BATIN ATAU PERASAAN MEREKA. Tidak kurang juga telah cikgu temui ramai pelajar yang berkongsi pendapat dengan salah seorang dari pelajar kelas tambahan cikgu itu.
Kepastian, di dalam keghairahan IBU BAPA mengejar nama (MENDAPAT PUJIAN DARI RAKAN ATAU MAJIKAN DI ATAS KECEMERLANGAN ANAK), seringkali itu juga EMOSI anak turut terabai. Turut tidak dinafikan, KECEMERLANGAN ANAK DI DALAM PEPERIKSAAN MERUPAKAN HARAPAN DAN KEBANGGAAN IBU BAPA. Tetapi, seharusnya tekanan yang diberikan kepada para pelajar disalurkan dengan motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri mereka menghadapi peperiksaan. Ini kerana semakin dekat peperiksaan mengetuk pintu harian pelajar, maka bermulalah EPISOD KURANG KEYAKINAN YANG BERLANGSUNG SEHARI DEMI SEHARI sehinggalah tiba waktu sebenar peperiksaan!
Salah seorang bapa yang pernah cikgu temui bagi membincangkan MASALAH TEKANAN EMOSI KRITIKAL yang melanda anaknya memberitahu, TEKANAN KUATLAH YANG MENUKAR SEKETUL ARANG MENJADI BERLIAN! JADI TIDAK SALAH DIA MENEKAN ANAKNYA! Memang benar! Tetapi tanpa disedari oleh bapa berkenaan, TEKANAN YANG KUAT JUGA BOLEH MERETAKKAN SEKETUL BERLIAN!
Jadi, seimbangkanlah antara tekanan dan motivasi yang seharusnya diberikan kepada anak anda. Ingat, anak merupakan ANUGERAH ALLAH yang tidak ternilai harganya walaupun dibandingkan dengan seketul berlian yang paling mahal di dunia. Tanpa anak yang soleh, SIAPA LAGI YANG AKAN MENDOAKAN KITA SEMASA DI ALAM KUBUR atau MEMBACAKAN KALIMAT SYAHADAH KE TELINGA SEMASA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT.
