PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN

JENIS KARANGAN BERFORMAT

  1. Wawancara/dialog/temuramah
  2. Berita
  3. Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
  4. Surat kiriman biasa/rasmi
  5. Laporan aktiviti/minit mesyuarat
  6. Perbahasan

JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT

  1. Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
  2. Deskriptif/cereka
  3. Peribahasa/cogan kata

PEMILIHAN TAJUK

  1. Mengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan.
  2. Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis.
  3. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.
  4. Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.
  5. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak.
  6. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
  7. Hal ini mungkin kerana jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya.
  8. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.
  9. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 4 isi utama.
  10. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.
  11. Oleh sebab markah bahasa paling tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang:
    • Memuaskan dan lancar;
    • Tiada kesalahan tatabahasa;
    • Mengandungi pelbagai jenis ayat;
    • Kosa kata yang sangat luas dan tepat penggunaannya; dan
    • Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.

SUMBANG SARAN KENDIRI SEMASA MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN

  1. Sumbang saran kendiri yang dimaksudkan ialah proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran.
  2. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala anda!
  3. Hanya pelajar yang cukup terlatih dapat berbuat begitu dan untuk menjadi terlatih anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
  4. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.

PENULISAN PENDAHULUAN

  1. Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.
  2. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari.
  3. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
  4. Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.
  5. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.
  6. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

PENULISAN ISI

  1. Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.
  2. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.
  3. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
  4. Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.
  5. Pastikan setiap isi ditulis dalam satu perenggan.
  6. Gunakan penanda wacana yang bersesuaian pada permulaan perenggan supaya kelihatan berkaitan dengan perenggan sebelumnya.
  7. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.

PENULISAN KESIMPULAN

  1. AMAT PENTING! Semak karangan anda sebelum tulis kesimpulan supaya tiada isi penting yang tertinggal.
  2. Setelah pasti, barulah tulis perenggan pendahuluan.
  3. Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.
  4. Pastikan ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
  5. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan.
  6. Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan.
  7. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan.

PENULISAN KARANGAN

Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan:

  • memilih satu tajuk
  • meyakini tajuk yang dipilih
  • mendefinisikan tajuk dengan tepat
  • memikirkan isi dan subtopik
  • menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan

Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan

  • ringkas
  • tepat
  • padat
  • menarik minat pembaca
  • menggambarkan idea keseluruhan karangan

Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan:

  • berikan penilaian kamu
  • huraikan
  • pendapat
  • bincangkan (umum)
  • terangkan (penerangan)
  • cadangkan (cadangan)
  • ceritakan
  • jawablah surat
  • tuliskan sepucuk surat
  • sediakan satu laporan
  • gambarkan
  • tuliskan komen
  • tuliskan surat permohonan
  • bincangkan tema/isu
  • bahaskan tajuk
  • anda sebagai pembahas pertama
  • dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang
  • sediakan sebuah rencana tentang…
  • sediakan syarahan
  • sediakan ucapan
  • tuliskan butir-butir mengapa..
  • tuliskan sebuah rencana (umum)
  • tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian
  • jelaskan pendapat anda dan sebab…..
  • sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah
  • tuliskan temuramah
  • tuliskan keadaan dan suasana
  • ceritakan pengalaman anda
  • tuliskan ucapan sepenuhnya
  • tuliskan rencana tentang
  • tuliskan wawancara
  • tuliskan laporan
  • tuliskan laporan minit mesyuarat
  • tuliskan pengalaman semasa
  • tuliskan laporan dalam majlis itu
  • gambarkan peristiwa

Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi

Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah.

Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek:

Pendidikan – disiplin – kemasyarakatan – adat resam sesuatu kaum – perindustrian -penyalahgunaan dadah – bencana alam -kejiranan – telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah – tenaga / kuasa -perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak – pencemaran -peranan belia – gerakan koperasi-kempen-kempen kerajaan – peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar – aspek tradisional- peranan media elektronik – permainan rakyat dan soal-soal semasa .

Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji para pelajar dari segenap aspek seperti

  • aspek penulisan
  • pemikiran
  • kekemasan kerja ( tanggungjawab)
  • teknik
  • tatabahasa
  • pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan yang dihasilkan.

*** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM.

Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan adalah 100 markah. iaitu ½ daripada markah keseluruhan kertas.

PANDUAN MENJAWAB KARANGAN RUMUSAN

Jenis Rumusan/Ulasan

      • Petikan rencana
      • Berita
      • Ucapan
      • Cereka, dan sebagainya

Jenis Ringkasan

  • Walaupun terdapat dalam sukatan pelajaran tetapi tidak pernah keluar sejak 1993.
  • Sekiranya disoal soalan jenis ini, ia boleh berdasarkan sumber yang sama seperti rumusan/ulasan tetapi berbeza pendekatan menjawabnya.

Perlukah rumusan bahan grafik dikuasai?

  • Sejak sukatan pelajaran baru diperkenalkan, belum pernah keluar lagi soalan jenis ini.
  • Walaupun begitu, penguasaan mengenainya harus ada supaya pelajar tidak terperangkap sekiranya soalan rumusan berdasarkan bahan grafik keluar.
  • Secara mudah, cuba ingatkan apa yang telah dipelajari semasa PMR. Kalau keluar soalan jenis ini, pendekatan yang hampir sama boleh digunakan.
  • Elok juga jika sekali dua anda cuba berlatih menjawab soalan jenis ini.

Pendahuluan yang baik

  • Markah untuk pendahuluan hanya 2 tetapi ia tetap penting dalam sesuatu rumusan.
  • Sejak SPM 2004 berlaku perubahan terhadap cara penulisan pendahuluan.
  • Sebaik-baiknya rumusan dimulakan dengan frasa berikut:
    • Petikan membincangkan….

Panduan mencari isi tersurat

  • Kebiasaannya, petikan yang diberi adalah sekitar 300 hingga 350 patah perkataan dan jumlah perenggan pula antara 4 hingga 7 perenggan.
  • Apabila seseorang penulis asal petikan itu menulis, dia sudah tentu meletakkan 1 isi utama dalam 1 perenggan. Jumlah isi sokongan pula antara 1 hingga 3 manakala contoh turut disertakan.
  • Untuk mencari isi tersurat, anda juga harus berfikiran begitu, iaitu 1 isi dalam 1 perenggan tetapi untuk memilih isi itu, perlu diperhatikan fokus soalan kerana soalan mengandungi 2 fokus, yang pertama untuk tersurat manakala yang kedua untuk isi tersirat.
  • Pastikan sama ada setiap isi berkaitan atau tidak.
  • Gariskan isi dalam setiap perenggan dan pilih yang paling berkaitan dengan fokus soalan yang pertama..
  • Kategorikan isi yang berbentuk contoh seperti Proton Saga, Wira, Kancil, Perdana (kereta buatan Malaysia)
  • Tulis mengikut urutan dalam perenggan kedua.

Panduan menulis isi tersirat

  • Kesukaran mencari isi tersirat sering kali menyebabkan pelajar mendapat markah rendah.
  • Walaupun begitu, sejak SPM 2004, dalam soalan itu sendiri sudah dinyatakan secara tidak langsung kehendak isi tersirat menerusi fokus soalan kedua.
  • Dengan itu, isi tersirat bukan lagi tafsiran kepada isi tersurat seperti sebelum SPM 2004.
  • Sebaik-baiknya ditulis dalam 1 perenggan, iaitu perenggan ketiga dan tidak dicampur dengan isi tersurat atau kesimpulan.
  • Isi tersirat tidak harus mengandungi cadangan (daripada anda) kecuali cadangan itu telah sedia ada dalam petikan dan sebelum ditulis perlu diubah suai agar tidak kelihatan sebagai cadangan anda.

Kesimpulan

  • Kesimpulan diperuntukkan 2 markah.
  • Untuk mendapat markah penuh, kesimpulan harus mempunyai:
    • Rumusan keseluruhan
    • Cadangan berkaitan dengan isu dalam petikan.
  • Rumusan keseluruhan yang dimaksudkan ialah rangkuman isi tersurat dan tersirat yang mungkin meliputi faktor, kesan atau langkah.
  • Cadangan pula lebih merupakan seperti keperluan menyedari sesuatu isu, menggemblengkan usaha dan sebagainya mengikut konteks soalan berpandukan fokus soalan.
  • Kombinasi terbaik ialah:
    • Kesimpulannya, ……
    • Cadangan yang menggunakan kata hendaklah…, seharusnya…,sepatutnya … dll)
    • ……supaya…/agar…
    • Kesan/implikasi.
  • Kesimpulan harus ditulis berasingan dalam 1 ayat di perenggan terakhir.

Pemerengganan yang baik

  • Rumusan yang baik harus ditulis dalam perenggan.
  • Anda disyorkan menulis dalam empat perenggan, iaitu:
    • Pendahuluan
    • Isi tersurat
    • Isi tersirat
    • Kesimpulan.
  • Rasional saranan itu ialah kerana biasanya pemeriksa dibekalkan skema dalam urutan yang sebegitu.

Tinggalkan jawapan